Home » Citra Yadim » Bengkel Persediaan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif

Bengkel Persediaan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif

SERAMAI 41 orang pegawai YADIM daripada pelbagai sektor termasuk wakil YADIM Negeri seluruh negara telah menyertai Bengkel Persediaan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif dan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.
Melalui penganjuran bengkel oleh Bahagian Perancangan Strategik dan Media dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, YADIM mengambil tanggungjawab memberikan pelbagai ilmu dan kemahiran melalui bengkel ini.
Objektif bengkel ini adalah bagi membentuk kumpulan bagi mewakili YADIM ke Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif & Kreatif dan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024 selain meningkatkan kefahaman peserta bengkel mengenai teknik penyelesaian masalah dan penambahbaikan yang tepat, kreatif dan efektif serta menjana kecemerlangan melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan.
Ia turut bertujuan menyemarakkan pelaksanaan inovasi melalui medium Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dan Kecerdasan Buatan (AI), mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan hubungan harmoni antara bahagian di YADIM dan menggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk direplikasi dan dikomersialkan serta memberikan impak positif kepada nama baik YADIM sebagai wakil agensi agama.
Bengkel yang berlangsung pada 26 dan 27 Februari ini dikendalikan oleh panel penceramah sangat berpengalaman selain mempunyai tauliah daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) iaitu Puan Rozila Rafie yang juga merupakan panel penceramah dan panel juri bagi anugerah ini.
Melalui pemerhatian sepanjang bengkel dijalankan, para peserta dilihat begitu teruja dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan bagi membina persediaan untuk kedua-dua anugerah tersebut.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah Kanan Sektor Perancangan Strategik dan Media YADIM, Puan Zalilah Bahari yang menyatakan harapan agar para peserta terus giat berkreativiti dalam tugas menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
YADIM pada tahun 2018 pernah menggungguli tempat pertama kategori pembentang terbaik bagi pertandingan ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *