Home » Citra Yadim » Pertemuan YDP YADIM bersama pimpinan Rakan Siswa YADIM Mesir

Pertemuan YDP YADIM bersama pimpinan Rakan Siswa YADIM Mesir

KEPENTINGAN Mempersiapkan pemimpin generasi muda dengan penguasaan ilmu yang tinggi dan kemahiran berunding adalah antara intipati nasihat Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dalam pertemuan dengan pimpinan Rakan Siswa YADIM Mesir di Kaherah pada 25 Februari.
Beliau mengambil iktibar kisah Rasulullah SAW menerima perintah solat kepada umatnya sewaktu peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kisah itu menurutnya mempunyai pengajaran menarik di sebaliknya iaitu ‘kemahiran perundingan’ dalam kepimpinan.
Datuk Hasanuddin menekankan betapa kemahiran ini perlu dimiliki oleh kepimpinan pelajar sebagai satu proses pembelajaran berterusan dalam kepimpinan. Dalam masyarakat majmuk dan rencam ujar beliau, ia adalah satu keperluan agar setiap isu yang timbul dapat di fahami dan dicari keputusan yang tepat.
Bagi maksud itu, YADIM sentiasa menyediakan platform kepada anak muda untuk mempersiapkan mereka dengan penguasan ilmu dan kemahiran kepimpinan ini.
Pertemuan dengan pimpinan RSY Mesir ini adalah antara pengisian dalam rangka memperkuatkan lagi rangkaian YADIM di dalam proses pendidikan dan dakwah kepada umat.
Beliau kini dalam lawatan kerja ke Mesir bagi menghadiri Seminar Antarabangsa Turath Islam Dan Cabaran Semasa Dunia Melayu 2024. Sepanjang berada di sana, pelbagai pengisian telah dirancang bagi melestari gerakan dakwah, khususnya bersama para pelajar Malaysia di sana.
Turut serta ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *