Home » Citra Yadim » Bengkel Task Force Majlis Tadbir Kerohanian dan Moral IPG-KPM dan YADIM.

Bengkel Task Force Majlis Tadbir Kerohanian dan Moral IPG-KPM dan YADIM.

IPOH – Bengkel Task Force Majlis Tadbir Kerohanian dan Moral (MTKM) Institut Pendidikan Guru (IPG) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM di IPG Hulu Kinta, Ipoh telah berlangsung pada 30 Ogos.

Agenda utama sepanjang bengkel tersebut adalah merangka plan pembangunan tiga tahun Rakan Siswa YADIM (RSY) di seluruh IPG merangkumi tiga teras utama kerjasama YADIM dan IPG iaitu Kepimpinan, Kerohanian dan Kesukarelawanan.

Bagi merealisasikan agenda dakwah RSY IPG ini, YADIM dengan kerjasama IPG-KPM akan menjalankan program pemantapan RSY di seluruh IPG secara berperingkat.

Bengkel Task Force MTKM IPG-KPM dan YADIM ini dihadiri oleh Pengarah KEMUDA Shahrizal Mat, Ketua Unit Institut Pendidikan Tingi (IPT) Ustaz Akram Ikrami Taib Azamudden, Ketua Unit IPG Politeknik Saifullah Baiduri dan Mohamad Izzuddin Ares.

Manakala di pihak IPG pula dihadiri oleh Tuan Jamhari Saari, daripada Jabatan Pembangunan Insaniah IPGM serta ketua-ketua jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral setiap zon IPG.

Semoga segala perancangan dan usaha melestarikan dakwah di kalangan anak muda dan bakal-bakal guru ini berjaya dilaksanakan serta dipermudahkan Allah SWT.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *