Home » Langit Terbuka » Berhenti fitnah, putar belit kenyataan kerajaan mengenai LGBT

Berhenti fitnah, putar belit kenyataan kerajaan mengenai LGBT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengiktiraf golongan tersebut dan sentiasa mencari jalan untuk membantu memulihkan golongan itu. 

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta untuk tidak terus memfitnah dan memutarbelitkan kenyataan kerajaan berhubung isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Sambil mengulangi pendirian kerajaan, beliau menegaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengiktiraf golongan tersebut dan sentiasa mencari jalan untuk membantu memulihkan golongan itu.

“Kerajaan PH tidak pernah mengiktiraf LGBT. Itu kena jelas. Walaupun menjadi suatu isu apabila kami menyantuni mereka, itu hanyalah untuk merawat dan merupakan antara program yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk pemulihan.

Ramai yang tidak sedar, 80 peratus kelompok transgender terlibat dalam industri seks dan ini sangat mengecewakan. Kita dekati golongan ini supaya mereka keluar daripada industri tersebut. Tidak timbul soal kita berikan mereka usaha untuk mereka berdikari dan sebagainya,” katanya pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Husain Awang yang ingin tahu pendirian kerajaan berkenaan isu tersebut.

Menjawab soalan tambahan Senator Dr Mohd Nor Monutty yang ingin tahu langkah yang diambil bagi menghentikan persepsi rakyat terhadap kerajaan dalam isu LGBT, Mujahid berkata semua pihak perlu berhenti memfitnah kerajaan berhubung isu tersebut.

“Berhentilah daripada buat fitnah. Selagi mulut tak boleh dikawal dan berniat nak burukkan kerajaan, saya tak boleh buat apa. Walaupun saya dah jawab berpuluh kali, ada yang terus tanpa rasa bersalah bagi tahu rakyat ada menteri yang sokong LGBT…ada yang kata kita anjur pesta gay.

Penjelasan (mengenai LGBT) dah dibuat, kalau orang tak nak terima terima pun tak mengapa. Adalah lebih baik, secara positif kita akan teruskan usaha yang baik (memulihkan LGBT) dan lama kelamaan suara sumbang itu akan hilang,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *