Home » Langit Terbuka » Berita Alhijrah tersenarai ranking capaian luar talian institut kajian kewartawanan reuters

Berita Alhijrah tersenarai ranking capaian luar talian institut kajian kewartawanan reuters

Foto Berita Alhijrah

OXFORD, UK: Program berita waktu perdana TV Alhijrah, Berita Alhijrah tersenarai dalam 16 program berita luar talian yang mencatat capaian tertinggi, menurut laporan Institut Kajian Kewartawanan Reuters, hari ini.

Berita Alhijrah tersenarai pada kedudukan kesebelas dalam kategori TV, radio dan media cetak dengan capaian (reach) mingguan 9%.

Berdasarkan laporan itu juga, Berita Alhijrah memperoleh capaian lebih tinggi berbanding program Bernama News Channel (BNC), BBC News, Berita NTV7, CNN dan akhbar cetak Sin Chew Daily.

“Satu pencapaian yang membanggakan buat Berita Alhijrah kerana tersenarai dalam kalangan pemain industri pemberitaan terkemuka. Ini manifestasi bahawa Berita Alhijrah memiliki daya saing yang positif, di samping pelaporan yang berkualiti.

“Ketika ini, Berita Alhijrah juga juga agresif memaparkan kandungan menerusi platform media sosial, terutamanya TikTok, Instagram dan Facebook, selain portal berita Alhijrah Online,” menurut Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah.

Dalam laporan itu, kategori TV, radio dan media cetak itu diungguli Berita TV3, Astro Awani dan Harian Metro, masing-masing berada pada kedudukan pertama, kedua dan ketiga.

Turut tersenarai, Berita Harian, Sinar Harian, Berita RTM, The Star, Berita TV9, New Straits Times dan Berita 8TV.

Sementara itu, laporan sama turut menyatakan, penggunaan mingguan akhbar cetak telah jatuh merudum lebih 50 peratus sejak 2017.

“Berita di platform televisyen juga dilihat semakin kurang mendapat perhatian masyarakat berikutan akses kepada berita lebih mudah melalui platform media sosial, khususnya melalui Facebook, Whatsapp, Youtube dan TikTok,” menurut Zaharom Nain, penulis artikel yang bernaung di bawah Institut Kajian Kewartawanan Reuters.

Zaharom memperjelas data-data kajian institut berkenaan pada laman sesawang
rasmi Institut Reuters.

Institut Kajian Kewartawanan Reuters adalah badan yang dibiayai oleh Yayasan Thomson Reuters, iaitu badan amal Thomson Reuters. -Alhijrah Online

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *