Home » Wacana » Bersolek hanya untuk suami!

Bersolek hanya untuk suami!

Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat, maka syariat menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang terdahulu.” (al-Ahzab:33).

Rasulullah SAW sewaktu menerima baiah daripada seorang wanita Islam bernama Umaiah binti Ruqauyah telah memasukkan syarat agar meninggalkan amalan bersolek secara jahiliah sebagai suatu perkara yang mesti dipatuhi. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: “Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.”

Kecantikan tubuh perlu dipelihara dengan menutup aurat ketika keluar rumah atau ketika berdepan dengan bukan mahramnya. Berhias dan bersolek itu boleh, tetapi hanya untuk suami kerana ia mampu mendatangkan kebahagiaan rumah tangga. Dandanan indah seorang wanita bergelar isteri mampu menciptakan getaran perasaan suaminya sehingga hatinya tertarik untuk selalu memandangnya.

Wahai wanita muslimah, berhiaslah demi suamimu kerana ia menjadi penyejuk mata tatkala keletihan mencari rezeki, bersoleklah kerana ia akan menyenangkan hati suamimu…kerana sesungguhnya kau lah sebaik-baik dan seindah perhiasan dunia.- MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *