Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah, Bina Insan dan YADIM Peduli di Perlis

Bicara Dakwah, Bina Insan dan YADIM Peduli di Perlis

KANGAR – Pada 8 Oktober Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis, terus mempergiatkan lagi usaha dakwah di negeri ini dengan mendekati penjawat awam di sini.

YADIM telah melaksanakan dua program iaitu di Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Perlis dan Jabatan Imigresen Malaysia Perlis.

Imam 1 Masjid Repoh, di sini telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kerja Sebagai Ibadah’. Seramai 100 penjawat awam menghadiri majlis ini.

Terdahulu pada 7 Oktober, YADIM Perlis telah menyantuni seramai 80 penghuni di Pusat Koreksional Perlis menerusi program Bina Insan di pusat berkenaan.

Penceramah bebas, Tuan Haji Ahmad Fuad Ashari telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk Jati Diri Insan. Kehadiran YADIM di pusat berkenaan diterima baik dan mereka berharap program seumpama ini akan diteruskan lagi.

Manakala pada 4 Oktober pula, Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Yang Berhormat Ruzaini Rais telah merasmikan Program YADIM Peduli di Beseri.

Seramai 50 orang asnaf yang dikenalpasti memerlukan telah menerima sumbangan barangan keperluan harian. Ruzaini dalam ucapannya berharap aktiviti dakwah akan terus subur di negeri ini.

YADIM Perlis sebelum itu telah berkunjung ke Rumah Teduh, sebuah pusat perlindungan kanak kanak di sini. Sebanyak 20 hamper disampaikan kepada penghuni rumah berkenaan untuk menceriakan mereka.

Program Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dirancang bagi menyemarakkan Bulan Dakwah 2020.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *