Home » Citra Yadim » Bicara Dakwah: Tahsin dan Tadabbur Al-Quran Siri 2

Bicara Dakwah: Tahsin dan Tadabbur Al-Quran Siri 2

DENGAN Kerjasama bersama Dewan ‘Aasim, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu sekali lagi menjadi medan ilmu apabila program Bicara Dakwah: Tahsin dan Tadabbur Al-Quran Siri 2 berlangsung pada 31 Julai lalu.
Menampilkan topik Istimewa ‘Analisis Surah Ad-Dukhan – Kebenaran Dalam Kabut’, ia berjalan dalam suasana yang tenang dan penuh hikmah apabila Penolong Pengarah YADIM Terengganu
Ustaz Ali Azfar Khairul Faiz, menyampaikan santapan rohani yang menyentuh jiwa kepada hampir 90 peserta terdiri daripada penjawat awam, pelajar sekolah dan dan orang ramai.
Beliau mengupas mesej mendalam Surah Ad-Dukhan yang sarat dengan peringatan, pengajaran dan iktibar.
Antara pengajaran utama yang digarap daripada surah ini ialah betapa azab Allah itu benar, sebagaimana yang menimpa kaum Firaun dan mereka yang angkuh serta menolak kebenaran.
Beberapa iktibar penting turut ditekankan, seperti seruan agar jangan sombong apabila diberi nikmat, kerana ia boleh ditarik pada bila-bila masa sebagai ujian.
Semoga setiap hati yang hadir semakin dekat dengan kalam Allah dan menjadi agen perubahan ke arah membentuk masyarakat yang lebih beriman, celik Al-Quran dan berakhlak Qurani.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *