Home » Citra Yadim » Bicara Keluarga Rahmah Kuching

Bicara Keluarga Rahmah Kuching

KUCHING – Mengambil tanggungjawab membantu menangani isu isu kekeluargaan dewasa ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 15 September telah menganjurkan program Bicara Keluarga Rahmah yang diadakan di sini.

Program di Akademi Percukaian Malaysia di sini, merupakan anjuran bersama YADIM dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Sarawak.

Duta Rahmah, Norazizah A.Aziz merupakan penceramah bagi program ini.

Perasmian program ini disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden 2 PERKIM Sarawak, Datin Noraini Husin serta Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

Lebih 100 peserta terdiri daripada ahli ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam hadir dalam program ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Zolkharnain berharap agar kerjasama antara YADIM dan PERKIM di Sarawak akan dieratkan lagi dari masa ke semasa.

Kata beliau, kerjasama kedua pihak akan menguntungkan dan memberi manfaat kepada semua.

Terdahulu Noraini menjelaskan, penganjuran program hari ini adalah salah satu usaha pihaknya bersama NGO di Sarawak untuk menangani masalah sosial di sini.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *