Home » Citra Yadim » Bicara Keluarga Rahmah TUDM Butterworth

Bicara Keluarga Rahmah TUDM Butterworth

BUTTERWORTH – Bertempat di Pangkalan Udara Butterworth, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 10 Oktober telah melaksanakan program Bicara Keluarga Rahmah.

Program khusus untuk kakitangan pangkalan ini mendapat sambutan menggalakkan apabila kira kira 300 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  di pangkalan itu menyertainya.

Ketua Cawangan Tadbir Pangkalan, Leftenan Kolonel Roslan Abu Bakar menyempurnakan upacara perasmian program ini. Beliau menyambut baik kerjasama penganjuran program oleh YADIM ini dan berharap ianya akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan pula berkata, penganjuran program ini adalah antara inisiatif pihaknya dalam memperkenalkan YADIM kepada masyarakat di negeri ini.

Antara pengisian program ini termasuklah ceramah berkaitan kekeluargaan mengikut konsep Rahmah, selain memberi pendedahan kepada anggota TUDM tentang langkah langkah membentuk keluarga Bahagia.

Murabbi rancangan Imam Muda dan Pencetus Ummah Ahmad termizi Abdul Razak merupakan penceramah jemputan bagi program ini.

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *