Home » Citra Yadim » Bicara Solehah bersama LKPIM Terengganu

Bicara Solehah bersama LKPIM Terengganu

KUALA TERENGGANU – Satu majlis bual bicara mengenai isu isu kewanitaan akan diadakan di Dewan Seri Budi, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) di sini pada 6 April ini (Sabtu).

Majlis bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ini merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur bersama LKPIM Negeri Terengganu, Kluster Wanita dan Kekeluargaan, Majlis Amal Islami Malaysia Terengganu.

Majlis bertajuk ‘Mencari Kerahmatan Dalam Berkeluarga’ itu bakal dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin manakala ucap tama disampaikan oleh Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin, Yang Berbahagia Prof Madya To’ Puan Dr Nizaita Omar.

Orang ramai dijemput hadir beramai ramai untuk mengimarahkan majlis ini. Kepada yang berminat menyertai majlis ilmu ini atau untuk makluman lanjut, sila hubungi YADIM Zon Timur di talian  09-6263888 / 889.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *