Home » Langit Terbuka » Bilangan jemaah haji merosot, jejas perniagaan Saudi

Bilangan jemaah haji merosot, jejas perniagaan Saudi

MEKAH 14 Sept. – Para peniaga di Arab Saudi yang menyediakan pelbagai khidmat kepada para jemaah haji terjejas tahun ini akibat bilangan jemaah yang merosot secara mendadak.

Malah, jemaah haji tahun ini juga dikatakan telah mengurangkan perbelanjaan Tanah Suci Mekah.

Pihak berkuasa Saudi menyatakan hanya sekitar 1.86 juta jemaah termasuk 1.3 juta dari luar negara menunaikan haji tahun ini, merosot berbanding bilangan kemuncak hampir 3 juta beberapa tahun lalu.

Ketua Jawatankuasa Negara bagi Haji dan Umrah, Marwan Abbas Shaaban berkata, bilangan jemaah dari luar negara berkurangan sekitar 20 peratus dan jumlah jemaah dari Arab Saudi sendiri pula merosot separuh daripadanya.

Ekonomi di Arab Saudi sendiri selain daripada negara-negara yang berjiran terjejas akibat kejatuhan pada harga minyak dunia telah mengurangkan perbelanjaan negara, gaji serta perbelanjaan domestik.

Peperangan di Timur Tengah juga turut menjejaskan ibadat haji pada tahu selain daripada Iran yang telah menyekat jemaahnya dari menunaikan haji pada tahun ini. – REUTERS

– https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *