Home » Citra Yadim » Biro Dakwah Isma ziarah Yang Dipertua Yadim

Biro Dakwah Isma ziarah Yang Dipertua Yadim

KUALA LUMPUR,26 Okt. – Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)  telah membuat kunjungan rasmi ke pejabat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Yusri Mohamad, hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta saling berbincang dan bertukar pandangan dalam isu gerak kerja dakwah dengan cabaran masa kini.

Antara yang dibincangkan juga adalah ruang-ruang kerjasama dalam projek dakwah akan datang.

Di akhir perjumpaan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Hj Omar Kassim menyampaikan cenderahati kepada Dr Yusri Mohamad sebagai penghargaan atas kesudiaan beliau berbincang dengan Isma mengenai isu-isu dakwah.

Kunjungan ini turut disertai oleh dua orang Ahli Jawatankuasa Biro Dakwah Isma.

– https://www.ismaweb.net/

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *