Home » Langit Terbuka » Bot Vietnam paling tinggi ceroboh

Bot Vietnam paling tinggi ceroboh

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberitahu, sebanyak 83 bot nelayan Vietnam dikesan menceroboh kawasan perairan negara daripada 97 kes yang dilaporkan tahun ini - Foto AP

KUALA LUMPUR – Bot nelayan asing dari Vietnam dikesan paling tinggi menceroboh kawasan perairan negara bagi tujuan penangkapan negara sepanjang tahun ini.

Sambil menyifatkan kes pencerobohan kapal atau bot nelayan asing ke dalam kawasan negara sebagai amat serius, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin memberitahu sebanyak 83 bot nelayan Vietnam telah dikesan menceroboh kawasan perairan negara daripada 97 kes yang dilaporkan tahun ini.

Sehubungan itu, Tze Tzin menegaskan penguatkuasaan dan hukuman berdasarkan kepada Seksyen 52 Akta Perikanan 1985 amat penting bagi menjaga sumber laut daripada terus ‘dikaut’ nelayan asing.

“Peruntukan berkenaan (Seksyen 52 Akta Perikanan 1985) memberi satu perspektif bahawa kita memberi fokus kepada penahanan bot-bot nelayan asing kerana sejak tahun 2006 sehingga 2018, sebanyak 1,170 bot nelayan asing didapati telah menceroboh kawasan perairan negara.

“Motif kerajaan adalah untuk menjaga sumber (laut) negara. Jika sumber ‘dirosakkan’ oleh pencerobohan bot-bot asing, sumber perikanan negara akan menurun dan menyebabkan anak cucu kita tidak mempunyai sumber laut yang mencukupi pada masa hadapan,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham yang ingin mengetahui rasional peruntukan Seksyen 52 Akta Perikanan 1985 yang memastikan mahkamah mengenakan tindakan terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan dan adakah kerajaan bercadang memberikan budi bicara kepada mahkamah untuk memutuskan penalti yang dikenakan. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *