Home » Citra Yadim » BPU YADIM, Yayasan Taqwa sumbang kit jenazah

BPU YADIM, Yayasan Taqwa sumbang kit jenazah

Zabidi (dua dari kiri) dalam Majlis Penyerahan Kit Lengkap Pengurusan Jenazah di Kuching.

KUCHING – Menyedari kesukaran yang dialami oleh para penduduk kurang berkemampuan, khususnya di kawasan pedalaman Sarawak, Bahagian Pembangunan Ummah (BPU) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tampil menyampaikan sumbangan berbentuk kit jenazah kepada mereka.

Menerusi Majlis Penyerahan Kit Lengkap Pengurusan Jenazah di SFC Mini Hall di Jalan Matang di sini hari ini (25 Mac 2019), sejumlah 52 kit jenazah di serahkan kepada para Daie YADIM di sini, yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Tuan Haji Zabidi Nassan.

Yayasan Taqwa merupakan rakan kerjasama program ini setelah bersetuju membantu dalam penyediaan dan penyerahan kit berkenaan.

Ekskutif Kanan BPU, Ustazah Norhayati Azmi memberitahu, idea untuk melaksanakan program bantuan ini tercetus hasil daripada pertemuan dengan Daie Serita Majin dan Daie Kasmah  Mujin di Kampung Salong, Pagalungan, Sabah semasa Program Kembara Muslim Rentas Sempadan (KAMRA) pada 12 – 13 Oktober 2018.

“Para penduduk di kawasan berkenaan mengalami kesulitan untuk mendapatkan barangan keperluan pengurusan jenazah apabila berlakunya kematian.

“Justeru, kita berhasrat dan mengambil tanggungjawab memudahkan umat Islam dalam menguruskan jenazah dengan lebih seragam, tertib dan sistematik.

“Juga untuk membantu umat Islam memenuhi keperluan dan penyeragaman pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah, “ujar beliau.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Zon Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat serta Pengarah BPU YADIM, Ustazah Normawati Muhammad.

Dalam pada itu, sejumlah 56  kit yang sama telah diserahkan kepada para Daie YADIM di Sabah dalam satu majlis di Kota Kinabalu pada 19 Mac lalu.

Majlis penyerahan ketika itu disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *