Home » Langit Terbuka » Kerajaan timbang penurunan kadar tarif elektrik

Kerajaan timbang penurunan kadar tarif elektrik

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang meneliti mengenai cadangan penurunan kadar tarif elektri dan berhasrat mengurangkan beban sara hidup yang ditanggung rakyat. _ Foto EyeEm.com

SERDANG – Kerajaan menimbangkan untuk menurunkan kadar tarif elektrik di negara ini, susulan penurunan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sentiasa komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

“Kerajaan sedang meneliti mengenai perkara itu (cadangan penurunan kadar tarif elektrik). Apa yang penting kita mahu kurangkan beban sara hidup yang ditanggung rakyat ketika ini.

“Bagaimanapun, kita masih belum memuktamadkan mengenainya dan ia akan diusulkan ke Kabinet,” katanya selepas melancarkan Program Mentakafulkan Penjawat Awam dan Kerjasama MyCUEPACSCare dan Pos Malaysia Bhd, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Dr Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya perancangan kerajaan sama ada akan menurunkan kadar tarif elektrik selari dengan kejatuhan harga arang batu dan gas asli di pasaran dunia.

Berdasarkan data terbaharu Tenaga Nasional Bhd (TNB), sebanyak 53 peratus daripada sumber elektrik di Malaysia adalah dijana daripada arang batu, 42 peratus daripada gas asli dan selebihnya berasaskan tenaga hidro dan tenaga boleh diperbaharui (RE).

Menurut laporan Reuters pada 15 Februari lalu, harga gas asli cecair (LNG) Amerika Syarikat (AS) susut lebih 40 peratus sejak Jun tahun lalu kepada AS$6.50 (RM26.50)/MMBtu, terendah sejak September 2017.

Manakala harga kargo arang batu bagi eksport dari Terminal Newcastle Australia menurun bagi sukuan sejak pertengah 2018 kepada bawah AS$90 (RM366) setiap tan buat pertama kali sejak 2017.

Pelarasan kadar tarif dibuat setiap enam bulan berdasarkan kos untuk menjana elektrik.

Badan yang mengawal selia tarif elektrik iaitu Suruhanjaya Tenaga (ST), menggunakan mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) bagi tujuan ini. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *