Home » Citra Yadim » Bual Bicara Lelaki Qawwam NUIM YADIM Surau Haji Taib

Bual Bicara Lelaki Qawwam NUIM YADIM Surau Haji Taib

SUNGAI BUAYA – Cakna dengan pelbagai isu masyarakat yang kini berlaku, Nadwah Ulama dan Ilmuan YADIM (NUIM) pada 4 November telah mengadakan Program Bual Bicara Inisiatif Lelaki Qawwam dengan tajuk Peneraju Keluarga Sejahtera.

Program yang diadakan di Surau Haji taib di sini itu dihadiri lebih 150 peserta terdiri daripada ahli kariah dan penduduk sekitar.

Ia bertujuan memberi pendedahan dan penerangan kepada masyarakat tentang peranan lelaki qawwam.

Menampilkan pendakwah terkemuka, Dr. Ann Wan Seng daripada PERKIM dan MACMA serta Dr Mohd Izwan bin Mohd Yusof daripada JAKIM, ia nyata berjaya menarik minat hadirin yang mendengar penuh tekun pencerahan berkaitan lelaki qawwam yang diberikan. Penolong Pengarah YADIM, Muhammad Luqman Roslan merupakan moderator bagi program ini.

Hadir program ini ialah, Pengerusi Surau Haji Taib, Tuan Fareez Azhar, Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Rohaizah Jawahir serta Penolong Pengarahnya, Ustaz Khusnaini Mongin.

Turut diadakan ialah program Qiamullail Perdana pada 5 November, disusuli kelas Dhuha, teori dan praktikal ibadah bersama pelajar tahun 4,5 serta 6 Sekolah Rendah Agama Sungai Buaya.

Program ini ialah sebahagian pengisian aktiviti Bulan Dakwah 3.0 YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *