Home » Langit Terbuka » Pengikut Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah jalani pemulihan, kaunseling

Pengikut Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah jalani pemulihan, kaunseling

Bagi pengikut ajaran menyeleweng yang sudah dibawa pulang, mereka akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan turut menjalani sesi kaunseling dan pemulihan, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Foto hiasan Denaihati.com

BAGAN SERAI – Pengikut ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah yang dibawa pulang ke negara ini akan menjalani pemulihan dan kaunseling oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi memulihkan akidah mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata Kementerian Luar (KLN) kini sedang menguruskan baki 27 daripada 63 pengikut ajaran itu secara beransur-ansur.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada MAIN bagi membantu pembiayaan kos penerbangan pulang.

“Kita jangkakan kesemua baki kumpulan itu akan dibawa balik sebelum hujung tahun ini berdasarkan kekosongan penerbangan.

“Urusan akan dikendalikan sepenuhnya oleh KLN yang turut berkolaborasi dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Bagi pengikut ajaran ini yang sudah dibawa pulang, mereka akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan turut menjalani sesi kaunseling dan pemulihan oleh MAIN masing-masing,” katanya pada program turun padang menyantuni masyarakat Cina di Pasar Lama Bagan Serai pada 7 November.

Sebelum ini dilaporkan 63 orang dibawa ke Madinah oleh kumpulan Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lalu, namun hanya berada di Madinah dan tidak dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *