Home » Langit Terbuka » Bukan semua penjawat awam rasuah – KSN

Bukan semua penjawat awam rasuah – KSN

PUTRAJAYA 9 Okt. – Masyarakat negara ini diminta tidak meletakkan persepsi rasuah kepada semua penjawat awam kerana hanya segelintir daripada mereka sahaja yang terlibat dengan gejala tersebut.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, orang ramai juga diminta tidak melihat tangkapan beberapa kes rasuah sebelum ini sebagai gambaran sebenar keseluruhan penjawat awam di negara ini.

Katanya, penjawat awam secara keseluruhannya be­rintegriti dan kerajaan juga sen­tiasa me­ngadakan program untuk me­ning­katkan tahap ke­se­daran dan integriti di peringkat pegawai ka­nan dan bawahan.

“Pegawai dan kakitangan awam akan diberikan kesedaran dan input berkaitan rasuah sejak mula dilantik dalam perkhidmatan awam malah, usaha meme­rangi rasuah diteruskan sepanjang dalam perkhidmatan.

“Pihak pengurusan atasan termasuk ketua setiausaha di setiap kementerian juga sentiasa memastikan pegawai dan kakita­ngan mereka daripada gred bawah ke atas diberikan kesedaran berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Pendidikan Generasi Muda, Teknik-Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan dan Majlis Penyampaian Ha­diah Pertandingan Merdeka Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhid­matan Awam Malaysia (Puspa­nita) sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Ke-59 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Yang Dipertua Puspanita, Puan Seri Rohani Abdullah.

Menurut Ali, beliau berterima kasih kepada Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berjaya mengenal pasti dan menahan mereka yang terlibat dengan aktiviti rasu­ah baru-baru ini.

Terdahulu, Ali turut menyam­paikan sumbangan sebanyak RM2,000 untuk 25 buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bagi membeli peralatan sukan bersempena de­ngan sambutan Hari Sukan Negara.

https://www.utusan.com.my/berita/nasional

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *