Home » Langit Terbuka » Mohd Sufwan Niezal Sabri  dinobat  juara Da’i Pendakwah Nusantara

Mohd Sufwan Niezal Sabri  dinobat  juara Da’i Pendakwah Nusantara

SHAH ALAM 10 Okt. : Mohd Sufwan Niezal Sabri, 19 atau Niezal dinobatkan juara program Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat yang berlangsung di sini, malam tadi.

Pelajar Diploma Dakwah dan Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang itu mengetepikan dua finalis lain iaitu Muhammad Nasrul Nizam Zamry,20 (Nasrul) dan Mohamad Saiful Marzuki, 18 (Saiful) pada pentas Pentas Akhir program terbitan TV3.

Menerusi kejayaan itu, Niezal membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta pakej umrah, manakala dua lagi finalis masing-masing menerima saguhati wang tunai RM5,000 setiap seorang dan trofi.

Hadiah disampaikan Mursyid Da’i musim keempat, Datuk Kazim Elias.

Program itu disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sepanjang 12 minggu bersiaran, Da’i dihoskan Datuk Rosyam Nor dan pengacara bersama, Zainal Ariffin.

Program itu menyaksikan 70 peratus markah adalah daripada juri tetap profesional iaitu Datuk Dr Izhar Arif dan Mohamad Zarifi Mohamad Daud, 20 peratus lagi diberikan murabbi Da’i musim keempat, Zul Ramli serta Dr Robiah K.Hamzah, manakala selebihnya daripada juri awam.

-https://www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *