Home » Citra Yadim » Bulan Dakwah 2.0: YADIM berkampung di Felda Chalok Kampung Rahmat

Bulan Dakwah 2.0: YADIM berkampung di Felda Chalok Kampung Rahmat

SETIu -Sempena Bulan Dakwah 2.0 yang sedang berlangsung, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Terengganu berkampung selama tiga hari di Felda Chalok Kampung Rahmat di sini bagi melaksanakan program Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I) bagi Daerah Setiu bermula 18-20 November 2021.

Pengisian lebih 16 aktiviti dakwah dalam K.O.S.D.I@Setiu dijayakan hasil kerjasama yang baik antara agensi persekutuan dan di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.

K.O.S.D.I menyediakan pelbagai program menarik seperti Sukan Mahabbah, Kuiz Keluarga, Tadabbur Interaktif, 1 Kalimah Dakwah, Usrah Santai dan lain-lain lagi.

Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Langkap, Azmi Maarof, hadir pada 19 November sekaligus menyempurnakan Majlis Perasmian K.O.S.D.I@Setiu bertempat di Masjid Chalok Kampung Rahmat, Setiu.

Dalam ucapannya, beliau menyentuh soal tanggungjawab dan peranan setiap individu dalam berdakwah serta pendidikan sahsiah diri yang bertitik tolak dari rumah.

Turut berada dalam majlis tersebut ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Ketua Peneroka Felda Chalok Kampung Rahmat, Wan Mohd Yusoff  Wan Abdullah serta para Ahli Jawatankuasa masjid tersebut.

Slot ringkas Bicara Dakwah dengan tajuk Dakwah Suatu Kebiasaan diadakan sebelum majlis perasmian bermula yang disampaikan oleh Penyelia  IMiTS Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, 
Ustaz Pauzi Muda.

Majlis dimeriahkan lagi dengan sesi cabutan bertuah 1 Kalimah pada akhir majlis kepada 13 hadirin yang hadir di masjid ini.

Pada masa yang sama, aktiviti sanitasi turut dilakukan oleh beberapa kumpulan dari Pasukan Sukarelawan YADIM Felda Chalok Kampung Rahmat  yang di ketuai oleh Ustaz Raziqin dari IMiTS Dewan Undangan Negeri Batu Rakit.

Antara tempat yang lakukan kerja-kerja sanitasi dalam kampung ini adalah Tadika Pasti Al-Amin, Tadika Kemas, Pusat Pengajian, Surau Haji Salleh, Surau Haji Muda dan Surau Haji Jusoh.

Turut diadakan dalam program ini ialah praktikal wuduk untuk kanak kanak dan sukan mahabbah bagi menarik minat orang ramai, khususnya generasi muda.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *