Home » Citra Yadim » Ziarah Ulama’ dan Musa’adah institusi pondok

Ziarah Ulama’ dan Musa’adah institusi pondok

KUALA NERANG – Program Bulan Dakwah 2.0 terus giat dijalankan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Pada 19 November, mereka bergerak menyantuni warga pondok.

Institusi pondok memainkan peranan yang sangat besar dalam sejarah dan perkembangan pendidikan Islam di negeri ini.

Program ini dijayakan bersama 10 orang wakil dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Padang Terap, yang menyantuni warga pondok Darsa di sini.

Majlis ramah mesra diadakan sebelum penyerahan 25 pek makanan disampaikan kepada pengasas pondok, Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Romli.

Turut bersama Pengerusi SAY Baling, Abu Hassan Musa dan Pengerusi PAWE Padang Terap, Tuan Syed Ismail Syed Omar.

Kesedaran orang ramai tentang institusi pondok kini semakin meningkat.

YADIM Kedah bercadang  menyantuni Pondok Pak Teh Mad, Kuala Nerang selepas ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *