Home » Citra Yadim » Tolak arak dan judi

Tolak arak dan judi

BALING – Arak dan judi hanya membawa keburukan.

Demikian penegasan dalam tazkirah selepas solat Jumaat yang disampaikan oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria di Masjid Al Ehsan, Kampung Bandar di sini pada 19 November.

Tazkirah itu antara lain turut menyeru masyarakat supaya bersama sama menyokong tindakan kerajaan negeri dalam isu lesen premis judi dan arak di Kedah.

Terdahulu hampir 500 jemaah hadir mengikuti khutbah dan tazkirah yang menyentuh tajuk berkaitan bahaya judi dan arak dalam masyarakat.

Turut hadir Imam dan Pengerusi Masjid Al Ehsan, Ustaz Haji Ismail Zawawi, para pegawai dan ahli jawatankuasa masjid.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *