Home » Langit Terbuka » Calon Datuk Bandar Islam pertama dakwa terima ugutan bunuh

Calon Datuk Bandar Islam pertama dakwa terima ugutan bunuh

Regina Mustafa

WASHINGTON 16 Feb. – Calon wanita yang bakal bertanding untuk jawatan Datuk Bandar Rochester, di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS) didakwa menerima ancaman bunuh secara dalam talian.

Regina Mustafa berkata, ugutan untuk membunuhnya dilakukan oleh Gerakan Militia, awal minggu ini.

“Saya tidak tahu sama mereka berada berhampiran atau di seluruh negara. Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan saya. Setiap ancaman mesti diambil secara serius. Tiada sesiapa yang harus merasa terancam apabila mahu berkhidmat kepada komuniti mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Sebagai tindak balas kepada ugutan tersebut, Majlis Hubungan Amerika-Islam (Cair) menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu.

“Kami menggesa pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang negeri dan persekutuan untuk menyiasat ancaman keganasan menyasarkan ahli komuniti minoriti yang ingin mengambil bahagian dalam proses politik di negara kita,” kata pengarah esekutif Cair, Jaylani Hussein. – al Jazeera

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *