Dialog bersama penganut Budha

TUMPAT – Sesuai dengan konsep Islam Rahmat Seluruh Alam (Rahmatan Lil Alamin), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan sebuah program dialog dengan penganut Budha di sini. Ia merupakan program yang pertama seumpamanya diadakan di sini oleh YADIM. Program bersama Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin ini akan diadakan di Wat Machimaran, […]

Memasyarakatkan YADIM

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha lebih mendekatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta agensi agama dengan orang ramai, satu gerakan untuk memasyarakatkan badan dakwah ini akan dilaksanakan. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, ia adalah antara usaha yang dilaksanakan kerajaan bagi menyantuni rakyat mengikut Gagasan Rahmatan Lil Alamin. “Idea ini […]

Jamuan Muhibbah Tahun Baru Cina

SUBANG JAYA –  Persatuan Cina Muslim  Malaysia (MACMA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan program Jamuan Muhibbah Tahun Baru Cina pada 24 Februari ini. Selaku penyelaras badan bukan kerajaan Islam di negara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dijemput untuk turut serta dalam majlis ini. Majlis yang turut dianjurkan bersama oleh Restoran Mohd […]

YADIM dalam dokumentari 13 episod

PUTRAJAYA – Sebuah dokumentari 13 episod yang memfokuskan kepada usaha dakwah yang dijalankan agensi kerajaan seperti yang dianjurkan oleh Gagasan Rahmatan Lil Alamin akan diterbitkan tidak lama lagi. Dokumentari berdurasi 30 minit setiap episod itu nanti akan menjelaskan dan memaparkan pelbagai bentuk usaha dakwah yang sebenarnya giat dilaksanakan oleh agensi agensi Islam persekutuan, dengan memaparkan […]

IAIS kongsi kepakaran Bahasa Inggeris, Penerbitan

PUTRAJAYA  – Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia menerusi kemampuan akademiknya sudi berkongsi kepakaran dalam bidang pengajian akademik, penerbitan dan Bahasa Inggeris dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata demikian semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Yang Berbahagia Ustaz […]

Dhuha Rahmat & Cakna Komuniti 2019

MARANG – Sesuai dengan hasrat untuk mempelbagaikan jalan dan kaedah dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bakal menganjurkan beberapa acara menarik dalam program YADIM Bersama Masyarakat di sini. Program Dhuha Rahmat & Cakna Komuniti 2019 tersebut bakal berlangsung pada 16 Februari 2019 di Masjid Kampung Padang Limau Nipis di sini bermula jam 8.30 pagi. Timbalan […]

MVM tawar kerjasama pelbagai bidang

PUTRAJAYA – Persatuan Sukarelawan Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) hari ini menawarkan untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Antaranya, MVM yang berpengalaman luas dalam pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara asing, turut mempelawa YADIM untuk terlibat dengan misi sedemikian pada masa hadapan. Presiden MVM, […]

Jemputan imarah program keislaman di Selangor

PUTRAJAYA – Pejabat Menteri Besar Selangor telah menjemput Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk membantu mengimarahkan program penghayatan Islam di negeri berkenaan. Sebagai permulaan, antara yang mahu dilaksanakan ialah menjadikan kediaman rasmi Menteri Besar  (Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Shari) sebagai pusat pengajian agama. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Tuan […]

Bicara Addin di Kuala Nerus

KUALA NERUS – Muslimin dan muslimat khususnya penduduk di sekitar Kampung Alor Damat di sini, dijemput hadir beramai ramai ke Surau Darul Salam bagi mengikuti program Bicara Addin pada 16 Februari ini (Sabtu). Majlis anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur dengan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Alor Damat ini akan diadakan selepas solat Maghrib, […]

Cetakan semula Sirah Nabawiyah

PUTRAJAYA – Sirah Nabawiyah merupakan sebuah naskhah biografi yang menceritakan tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Selain mengisahkan liku – liku perjuangan dakwah Rasulullah SAW, buku ini turut mengetengahkan strategi dakwah yang digunakan oleh Baginda bermula dari peringkat permulaan, tribulasi dan akhirnya, peringkat kejayaan yang membawa kepada kegemilangan Islam. Ia merupakan buku terbitan […]