Home » Citra Yadim » Dhuha Rahmat & Cakna Komuniti 2019

Dhuha Rahmat & Cakna Komuniti 2019

MARANG – Sesuai dengan hasrat untuk mempelbagaikan jalan dan kaedah dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bakal menganjurkan beberapa acara menarik dalam program YADIM Bersama Masyarakat di sini.

Program Dhuha Rahmat & Cakna Komuniti 2019 tersebut bakal berlangsung pada 16 Februari 2019 di Masjid Kampung Padang Limau Nipis di sini bermula jam 8.30 pagi.

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin akan bersama sama ahli kariah untuk menunaikan solat Dhuha sebelum menyampaikan kuliah. Beliau akan turut mengambil kesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan asnaf.

Turut diadakan ialah acara bergotong royong membaiki lantai masjid agar ia dapat digunakan dengan selesa oleh semua.

Penganjur program turut menawarkan kemudahan servis kereta dan motosikal secara percuma kepada mereka yang berminat.

Program ini dianjurkan oleh YADIM Zon Timur, Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Daerah Marang, Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Padang Limau Nipis, Kawasan Rukun Tetangga  Kampung Padang Limau Nipis, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Limau Nipis serta MPKK Taman Desa Salam.

Hadirin dijemput hadir beramai ramai untuk memeriahkannya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *