Home » Citra Yadim » Cetakan semula Sirah Nabawiyah

Cetakan semula Sirah Nabawiyah

Fawwaz (tengah) ketika dalam kunjungan kepada Nik Omar di pejabatnya.

PUTRAJAYA – Sirah Nabawiyah merupakan sebuah naskhah biografi yang menceritakan tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Selain mengisahkan liku – liku perjuangan dakwah Rasulullah SAW, buku ini turut mengetengahkan strategi dakwah yang digunakan oleh Baginda bermula dari peringkat permulaan, tribulasi dan akhirnya, peringkat kejayaan yang membawa kepada kegemilangan Islam.

Ia merupakan buku terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang paling laris, dan sentiasa mendapat sambutan di sebarang karnival jualan atau pesta buku yang disertai badan dakwah ini.

Buku yang sudah sememangnya menjadi rebutan ini, kini berpotensi untuk dicetak semula, menjadikannya lebih segar dalam usaha untuk menarik minat lebih ramai golongan.

Konsultan Syariah Telaga Biru Sendirian Berhad (Telaga Biru), Yang Berusaha Ustaz Fawwaz Fadzil berkata, buku tersebut boleh digunakan sebagai bahan utama Kempen Kenali Rasul di negara ini.

“Kempen kesedaran kenali Rasul ini boleh diusahakan melalui YADIM, “katanya dalam kunjungan hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz di sini hari ini (12 Februari).

Hadir sama ialah Pegawai Pemasaran Telaga Biru, En Iqbal Wahab.

Dalam pada itu menurut Fawwaz, antara cabaran dalam berdakwah hari ini ialah masyarakat tidak mengenali Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dengan mendalam.

“Baik kanak kanak, remaja, malah yang dewasa juga berdepan situasi ini, justeru hari ini kita lihat Nabi Muhammad SAW dikutuk oleh banyak pihak, seperti pihak bukan Islam.

“Sedangkan terdapat penulis buku menghina Nabi yang asalnya bukan Islam, memeluk agama ini selepas mengenali peribadi Nabi yang sebenar,”jelasnya.

Tambah Fawwaz, apa yang boleh dicadangkan pihaknya ialah perubahan persembahan dan reka bentuk buku itu. Bagaimanapun jelasnya, ia tertakluk kepada perbincangan lanjut yang akan diadakan dengan YADIM nanti.

Terdahulu, Fawwaz dalam kunjungannya kepada Nik Omar mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau dan yakin YADIM dapat dipacu dengan lebih maju menerusi kepimpinan baharunya.

Turut dibincangkan dalam kunjungan ini ialah peluang kerjasama yang boleh dijalin antara YADIM dan Telaga Biru.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *