Kunjungan Hormat YADIM kepada JAIS

BERTUJUAN Mengukuhkan lagi hubungan sedia ada, YADIM pada 16 Ogos telah mengadakan kunjungan hormat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selain untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri Selangor itu. Timbalan Pengarah Operasi JAIS Puan Salwana Ahmad Dahlan, yang mewakili Pengarah JAIS dalam pertemuan ini mengalu alukan kehadiran YADIM dan menyambut […]

YADIM dicadang tubuh koperasi

SEMENYIH – YADIM telah dicadangkan untuk menubuhkan sebuah koperasi bagi memperkasa dan mempelbagaikan lagi jalan dakwahnya. Cadangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Dato’ Setia Dr Haji Naim Mokhtar itu dilontarkan beliau ketika merasmikan program Kemasyarakatan dan Usrah Bimbingan Pemantapan Asas Fardhu Ain (Bimbingan Akademi Daie Muda YADIM) Pelajar Pembiayaan […]

Kunjungan YFBM ke YADIM

YADIM Sangat mengalu alukan sebarang pihak yang mahu menjalin kerjasama bagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat. Baru baru ini, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus di ibu pejabat YADIM di Putrajaya bagi membincangkan cadangan kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak. Mewakili YFBM ialah Ketua […]

Datuk Dr. Afifi kongsi pandangan akademik dengan YADIM

YADIM pada 15 Ogos berbesar hati menerima kunjungan Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti. Beliau meluangkan masa lebih dua jam mendengar taklimat gerak kerja masa kini serta perancangan program-program yang bakal dijalankan. Berkongsi kepakaran, terutama daripada aspek akademik beliau turut memberi pandangan dan cadangan untuk memperkasa lagi program-program lapangan […]

Kunjungan Shaykh Ahmed Hussein Al Azhary ke YADIM

PUTRAJAYA – Selepas Penasihat Presiden, hari ini (14 Ogos) giliran tokoh pemikir Islam dari Mesir, Shaykh Ahmed Hussein Al Azhary pula mengunjungi ibu pejabat YADIM di Putrajaya. Bukan sekadar bersilaturrahim, beliau turut menghabiskan masa hampir dua jam menyampaikan tausiah kepada kakitangan badan dakwah ini. Shaykh Ahmed banyak menyentuh mengenai adab-adab perbezaan pendapat, pemikiran dan tatasusila. […]

TOT Kejurulatihan Utama Pendakwah YADIM-JPNJ

SERAMAI 60 orang guru Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menyertai Program TOT Kejurulatihan Utama Pendakwah YADIM-JPNJ pada 8 dan 9 Ogos. Program anjuran bersama YADIM Johor dan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Johor bermatlamatkan untuk melahirkan pendakwah bersama YADIM dan JPNJ. Bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air & Udara Desaru, program ini memfokuskan […]

Majlis Penutup Bengkel Bijak Kewangan YADIM

PUTRAJAYA – Bengkel Bijak Kewangan YADIM menutup tirainya hari ini (9 Ogos) selepas berlangsung selama dua hari sejak semalam. Menghimpunkan Pengarah dan pegawai YADIM dari negeri-negeri, ia bertujuan menajamkan keupayaan pengurusan kewangan mereka dalam menguruskan perbelanjaan di setiap bahagian dan negeri. Disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, bengkel ini turut disertai […]

SEBATI MADANI Kuala Selangor

PROGRAM Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor dimulakan di Masjid Nurul Iman, Ijok, Kuala Selangor pada 5 Ogos dengan pelbagai pengisian untuk warga daerah berkenaan. Bermula dengan Kuliah Subuh menampilkan Daie Muda YADIM Mohamad Zaiful Faizal Mohamad Hasan bagi memulakan hari jemaah dengan pengisian kerohanian, SEBATI kemudiannya diteruskan dengan acara Cuci-Cuci yang membersihkan kawasan […]

Program motivasi SK Kubang Telaga

HANYA Menerusi pendidikan kita mampu menjamin masa depan anak anak. Justeru pada 7 Ogos, dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Telaga Bachok, YADIM Kelantan telah menganjurkan program motivasi untuk pelajar sekolah tersebut. Ia bertujuan memberikan bimbingan kepada para pelajar untuk lebih cemerlang dalam pelajaran disamping menghormati dan menyayangi ibu bapa serta guru. Diadakan di Dewan […]

YADIM Peduli : Gotong-royong Bubur Asyura SAY Kedah

LENSA Program YADIM Peduli : Gotong-royong memasak Bubur Asyura sempena bulan Muharram 1445H oleh YADIM Kedah dan Perlis. Seramai 35 anggota Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai hadir bergotong- royong memasak Bubur Asyura di Pusat Gerakan SAY Sungai Petani, Taman Baiduri. Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Puan Hafsah Husain dan kakitangannya turut […]