YADIM Peduli : Gotong-royong Bubur Asyura SAY Kedah

LENSA Program YADIM Peduli : Gotong-royong memasak Bubur Asyura sempena bulan Muharram 1445H oleh YADIM Kedah dan Perlis. Seramai 35 anggota Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai hadir bergotong- royong memasak Bubur Asyura di Pusat Gerakan SAY Sungai Petani, Taman Baiduri. Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Puan Hafsah Husain dan kakitangannya turut […]

Kader Dakwah : Seminar Kenegaraan SMK Ismail Petra

SELEPAS menyantuni komuniti Pasir Puteh menerusi tiga program semalam, YADIM Kelantan meneruskan program mereka kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra pula pada 6 Ogos. Program Kader Dakwah : Seminar Kenegaraan ini melibatkan para pelajar tingkatan 6 di Dewan SMK Ismail Petra. Pengisian utama program ialah dua slot ceramah yang disampaikan oleh pakar dan pengamal […]

Penghayatan Maal Hijrah Madrasah Muhamaddi Kampung Jelor.

DESTINASI Terakhir Program Penghayatan Maal Hijrah bersama YADIM di Jajahan Pasir Puteh dilaksanakan di Madrasah Muhamaddi Kampung Jelor. Di sini sebanyak dua kawah Bubur Asyura berjaya disiapkan sebelum diedarkan kepada masyarakat setempat. Sebanyak 240 pek telah diedarkan kepada penduduk oleh anggota Sukarelawan YADIM (SAY). Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Tuan Haji Zamri Zainal Abidin turut hadir […]

Penghayatan Maal Hijrah Madrasah Alor Tuba Permatang Rambai

SELESAI Di Surau Sri Purnama Kampung Nara, Program Penghayatan Maal Hijrah YADIM Kelantan diteruskan di Madrasah Alor Tuba Permatang Rambai, Pasir Puteh. Di sini sebanyak tiga kawah Bubur Asyura berjaya disiapkan sebelum 450 pek bubur diedarkan kepada masyarakat setempat. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Tuan Haji Zamri Bin Zainal Abidin hadir sama dan menyampaikan tazkirah selepas […]

Gotong royong memasak Bubur Asyura di Taman Sri Purnama

SUKARELAWAN YADIM (SAY) jajahan Pasir Puteh telah mengadakan program memasak Bubur Asyura pada 5 Ogos di Surau Taman Sri Purnama, Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan. Program ini diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim antara ahli SAY dan komuniti setempat. Ia juga sebagai pengukuhan pasukan bagi memastikan SAY sentiasa aktif bergerak dalam kumpulan masing-masing terutama apabila ada keperluan […]

Khidmat Masyarakat YADIM di Masjid Kariah Ulu Rokan

LENSA Program Khidmat Masyarakat YADIM di Masjid Kariah Ulu Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan pada 5 Ogos. Seramai 20 penduduk kariah masjid dan kakitangan Bahagian Khidmat Bakti YADIM bergotong royong membersihkan bahagian dalam dan luar masjid seawal jam 7.30 pagi. Peralatan dan barangan masjid seperti kipas dan sejadah juga dibersihkan untuk keselesaan jemaah. Longkang juga diselenggara […]

SAY Kuala Langat santuni mualaf Orang Asli

SIJANGKANG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat meneruskan misinya setiap Jumaat mengagihkan makanan bermasak. Kali ini pada 4 Ogos mereka menyantuni 10 keluarga mualaf Orang Asli di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey. Selain makanan, mereka turut menerima barangan keperluan dapur dan sedikit sumbangan wang tunai. Walaupun sekadar sumbangan kecil, namun tanda ingatan kepada penduduk kampung […]

YADIM Pulau Pinang terima kunjungan hormat wakil UNHCR

YADIM Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Mr. Thomas Albrecht dan wakil Pertubuhan Jaringan Islam Global Masa Depan (JREC), Encik Adli Zakuan pada 4 Ogos. Dalam kunjungan ini antara yang dibincangkan bersama Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Fadzil Alias ialah isu – isu semasa kemanusiaan […]

Kunjungan AHAS IRKHS, UIAM

PUTRAJAUA – YADIM menerima kunjungan dari Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Abdul Hamid Abu Sulayman (AHAS IRKHS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 3 Ogos bagi membincangkan kerjasama dalam usaha menubuhkan Kursi Hamka di universiti berkenaan. Satu memorandum persefahaman akan diadakan di antara kedua dua pihak sebelum gerak kerja penyelarasan dibuat. Selain itu, turut […]

Tahlil, doa selamat serta tausiah Tahun Baru Hijrah di INDAH

INSTITUT Latihan Dakwah YADIM (INDAH) telah menganjurkan majlis tahlil dan doa selamat serta tausiah sempena Tahun Baru Hijrah pada 3 Ogos. Bertempat di Surau Al Falah di INDAH, majlis ini dihadiri 14 orang Ketua Kampung Mukim Hulu Langat serta jawatankuasanya, komuniti Orang Asli Pangsun dan 40 penduduk masyarakat sekitar. Mereka memberi maklumbalas yang positif terhadap […]