Home » Citra Yadim » Penghayatan Maal Hijrah Madrasah Muhamaddi Kampung Jelor.

Penghayatan Maal Hijrah Madrasah Muhamaddi Kampung Jelor.

DESTINASI Terakhir Program Penghayatan Maal Hijrah bersama YADIM di Jajahan Pasir Puteh dilaksanakan di Madrasah Muhamaddi Kampung Jelor.
Di sini sebanyak dua kawah Bubur Asyura berjaya disiapkan sebelum diedarkan kepada masyarakat setempat. Sebanyak 240 pek telah diedarkan kepada penduduk oleh anggota Sukarelawan YADIM (SAY).
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Tuan Haji Zamri Zainal Abidin turut hadir ke madrasah ini dan menyampaikan tazkirah selepas solat Fardhu Maghrib kepada jemaah yang hadir.
Selesai tazkirah Maghrib, diadakan gimik penyerahan baju Sukarelawan YADIM kepada lima ahli baru SAY yang hadir oleh Ustaz Zamri.
Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan adalah Pengarahnya, Ustaz Haji Mahadi Awang

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *