Home » Citra Yadim » Kader Dakwah : Seminar Kenegaraan SMK Ismail Petra

Kader Dakwah : Seminar Kenegaraan SMK Ismail Petra

SELEPAS menyantuni komuniti Pasir Puteh menerusi tiga program semalam, YADIM Kelantan meneruskan program mereka kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra pula pada 6 Ogos.
Program Kader Dakwah : Seminar Kenegaraan ini melibatkan para pelajar tingkatan 6 di Dewan SMK Ismail Petra.
Pengisian utama program ialah dua slot ceramah yang disampaikan oleh pakar dan pengamal undang undang, Dr Zulqarnain Lukman yang membawa tajuk ‘Perlembagaan Malaysia, Islam Sebagai Agama Persekutuan’.
Slot kedua kemudiannya disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dengan tajuk ‘Memahami Gagasan Malaysia Madani’.
Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Encik Mohd Zamri Abdul Aziz kemudiannya memberi ucapan aluan dalam majlis penutup sebelum Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Johari Yap Abdullah merasmikannya.
Turut diadakan ialah Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan untuk 5 pelajar cemerlang.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *