Home » Citra Yadim » Covid-19: 50 set sumbangan untuk Kuala Kedah

Covid-19: 50 set sumbangan untuk Kuala Kedah

KUALA KEDAH – Selepas di Sintok semalam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (16 Mei) melaksanakan program Musa’adah Covid-19 di daerah ini pula.

Program dimulakan di Masjid Kuala Kedah di sini dengan sebanyak 20 set sumbangan diserahkan kepada yang dikenalpasti memerlukan.

Mereka terdiri daripada asnaf, pesakit kronik serta penduduk berpendapatan harian yang terjejas dengan musibah Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selesai acara di masjid, YADIM Kedah dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, Briged Bakti Malaysia (BBM) menyantuni pula sebanyak 30 keluarga di Kampung Kota, Kampung Tok Pasai, Kampung Sematang Pinang, Kampung Baru Seberang dan Kampung Kuala Kedah.

Kampung kampung nelayan ini dipilih sebagai lokasi program kerana majoriti penduduknya tiada pendapatan tetap dan menerima gaji harian menerusi aktiviti menangkap ikan, justeru terjejas dengan pelaksanaan PKP.

Mewakili YADIM Kedah hari ini Azmi Mohamad, manakala BBM pula ialah Ketua Kota Setar, Sharifah Salliza Syed Hashim serta ahli jawatankuasanya. Hadir sama ialah Imam Masjid Kuala Kedah, Nizam Zakaria.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *