Home » Citra Yadim » Covid-19: YADIM Kedah santuni penjaja, OKU terjejas

Covid-19: YADIM Kedah santuni penjaja, OKU terjejas

YAN – Musibah Covid-19 memberi kesan kepada semua di negara ini, lebih lebih lagi pihak yang sebelum ini sudah kurang bernasib baik.

Prihatin dengan keadaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, pada 28 Mac telah turun padang menyantuni golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan asnaf di sekitar daerah ini menerusi penyampaian sumbangan barangan keperluan harian.

Menerusi program Musaadah Covid-19:YADIM Peduli, YADIM Kedah menyalurkan sumbangan kepada 80 penjaja serta OKU yang disampaikan kepada Pengerusi Persatuan Penjaja OKU Fizikal Negeri Kedah,Mohd Noor Darus di perkarangan Arked Niaga Majlis Daerah Yan di sini.

Mereka yang menerima sumbangan merupakan peniaga kecil seperti barangan basah, kerepek, ubat-ubatan dan sayuran, yang hanya bergantung kepada hasil jualan sebagai punca pendapatan.

Mewakili YADIM dalam program ini ialah Mohd Irfan Shaffik Mohd Idris serta Mohd Hapizal Salleh . Hadir sama ialah wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, Fahmi Mansor.

YADIM Kedah merancang untuk mengadakan beberapa lagi program seperti ini, bagi menyantuni pihak yang terkesan dengan Covid-19 serta petugas barisan hadapan di negeri ini.

Selain itu, beberapa lagi program juga telah dirancang untuk diadakan oleh YADIM bagi membantu pihak yang terjejas seperti pelajar universiti, keluarga jemaah Tabligh yang hadir ke program di Masjid Sri Petaling selain keluarga asnaf di kawasan lain dan petugas barisan hadapan di negara ini.

Langkah ini selaras dengan seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohd Al Bakri agar agensi agama turun padang menyantuni kumpulan terjejas akibat musibah Covid-19 yang melanda negara pada masa ini.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *