Home » Citra Yadim » Cuci Cuci dengan ILIM di Nilai

Cuci Cuci dengan ILIM di Nilai

NILAI – Usaha untuk menjalinkan sinergi kerjasama antara agensi agensi agama peringkat persekutuan terus dilaksanakan walaupun sekadar program yang bukan berskala besar.

Terbaru, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menjalankan program ‘Khidmat Masyarakat dan Praktikal Dakwah : Cuci Cuci Surau di sini.

 

Program pada 23 September itu, dilaksanakan di Surau Desaria Nilai, oleh Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat (BKKM) YADIM dengan sukarelawan program Sijil Pengurusan Islam (SPI)  ILIM seramai 25 orang.

Bermula jam 7 pagi, aktiviti pembersihan surau berkenaan telah dimulakan. Sementara itu, pengisian lain termasuklah kuliah subuh, sukaneka dan bicara muslimat.

Antara yang turut hadir ialah Pengarah Bahagian BKKM YADIM, Tuan Shahrizal Mat, Uztaz Arif Azwan Ali selaku penyelaras program,  Ameer Huzaimi, Zuhaini Jelani,  Mohd Noor Faiz Rahmat dan Muzzammil Musbah.

Tetamu lain yang hadir termasuklah Ustaz Mohd Az Zubir Bin Rozali (wakil ILIM), YBrs Dr. Haji Fadli Bin Che Min (Pengerusi Surau Desaria) dan Ustaz Miftah bin Anwar (Penyelaras Program SPI ILIM).

 

Difahamkan, BKKM berhasrat untuk meluaskan program Cuci Cuci ke lebih banyak masjid an surau selepas ini.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *