Home » Citra Yadim » Cuci Cuci di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

Cuci Cuci di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

RANTAU PANJANG – Bersempena dengan Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini, satu program Cuci Cuci telah diadakan di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini pada 26 September.
Seawal jam 8 pagi, kawasan luar dan dalam masjid, yang juga dikenali sebagai Masjid Beijing ini telah dibersihkan oleh mereka dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid, penduduk kawasan sekitar dan sukarelawan YADIM yang terlibat.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Yang Berhormat Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff yang hadir merasmikan majlis berkata, beliau terharu dengan pemilihan masjid dan kawasan berkenaan sebagai lokasi program YADIM.
Beliau berharap agar program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang, selaras dengan hasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat atau markas dakwah untuk pembangunan akhlak serta sahsiah terutamanya kepada belia dan remaja.
Mewakili YADIM dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang merangkap Pengerusi Sekretariat Hari Terbuka YADIM dan pengurusan kanan badan ini.
Tuan Kamarul dalam ucapannya berkata, penqanjuran program Cuci Cuci ini menunjukkan kebersamaan YADIM dalam menyantuni komuniti setempat dan golongan asnaf yang memerlukan.
Usaha ini juga di laksanakan sebagai hasrat memasyarakatkan YADIM dan menunjukkan keberadaan badan dakwah ini.
Sementara itu, pada masa yang sama, YADIM turut menyantuni komuniti kawasan ini dengan pemberian barangan keperluan harian kepada 50 keluarga yang memerlukan, selain menyumbangkan RM1,000 untuk kegunaan masjid.
Terdahulu pada 25 September, YADIM juga mengadakan program Cuci Cuci dan pembaikan di Madrasah Diniah Bakriah Pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *