Home » Citra Yadim » YADIM lantik sembilan Ikon Dakwah

YADIM lantik sembilan Ikon Dakwah

KOTA BHARU – Bersempena dengan penganjuran Hari terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) peringkat kebangsaan yang kali [pertama didakan di Dewan Jubki Perak di sini, YADIM telah menyampaikan watikah pelantikan kepada seramai sembilan orang Ikon Dakwah.

Ikon Dakwah merupakan satu lagi usaha YADIM Melestarikan Gerakan Dakwah menerusi ikon lantikan yang dikenalpasti sebagai figura yang berimej positif kepada masyarakat.

Mereka akan berperanan sebagai duta YADIM dalam program pembangunan dakwah, membantu mengimarahkan lagi aktiviti-aktiviti badan dakwah ini kepada masyarakat dan membantu dalam pembangunan dakwah melalui medium penulisan.

Mereka juga akan bertindak sebagai  panel pakar dalam pengisian program-program dan memberi khidmat nasihat selain menjadi rakan strategik YADIM dalam mempromosi dakwah melalui platform media massa dan media sosial.

Acara pelantikan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob. Hadir sama ke majlis penutu tersebut ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, ketua ketua agensi kerajaan negeri, serta pengurusan kanan YADIM.

Seramai lima orang ikon yang hadir dan menerima watikah pelantikan ialah Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, saudara Firdaus Wong Wai Hung serta Ustazah Asma’ Harun/

Empat lagi ikon ialah Prof. Dato’ Dr. Muhaya Mohamad, Dato’ Dr Norhafizah Musa, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani serta Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre.

Ikon ikon dakwah ini akan dilibatkan dalam program program dakwah anjuran YADIM seperti Bulan Dakwah, Bengkel Pembangunan Orang Asli, Kempen kempen kesedaran dan sebagainya.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *