Home » Citra Yadim » Jom Lepak Masjid sasar tarik golongan muda

Jom Lepak Masjid sasar tarik golongan muda

TAMBUNAN – Sebagai salah satu usaha menarik golongan belia ke masjid, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah Daerah Tambunan, Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah serta Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Tambunan telah melaksanakan program Jom Lepak Masjid di daerah ini.

Pegawai Dakwah YADIM Daerah Tambunan, Safwan Jalal bertindak selaku pengarah program mengadakan program tersebut pada 18 Julai di Masjid Nurul Hidayah di Kampung Monsok bertujuan untuk mengimarah dan memupuk kecintaan kepada rumah ibadah ini.

Ia dirasmikan oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Sesuai dengan hasrat menarik golongan muda, selain ceramah di masjid, turut diadakan ialah aktiviti riadah dengan penduduk kampung serta sumbangan untuk 10 keluarga asnaf dan muallaf.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *