Home » Langit Terbuka » Curang di Facebook, WhatsApp antara punca perceraian

Curang di Facebook, WhatsApp antara punca perceraian

Penggunaan sosial media itu boleh menimbulkan keraguan pasangan yang akhirnya menjerumus kepada perceraian. (Gambar hiasan)

KUALA TERENGGANU 19 Jan. – Curang di media sosial termasuk salah guna aplikasi Facebook dan WhatsApp adalah antara faktor penyumbang kepada kadar perceraian dan kerosakan rumahtangga.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, penggunaan sosial media itu boleh menimbulkan keraguan pasangan yang akhirnya menjerumus kepada perceraian.

Ia juga dikenalpasti antara penyebab berlakunya hubungan biasa kepada hubungan lebih mesra dan seterusnya penyebab berlakunya kecurangan pasangan.

“Saya kena akui isu adanya Facebook dan whatsApp ini juga menyebabkan berlaku juga timbul salah faham suami isteri yang boleh membawa kes itu ke mahkamah. Dan ia juga menyumbang kepada faktor-faktor yang membawa kepada ke arah perceraian.

“kalau tidak digunakan dengan cara yang baik. Semakin berkembangnya sistem semakin timbul kesan sampingan dia. Ada buruk itu tak boleh nak nafikan. Tapi saya tak kata buruk. Namun ia boleh membawa kesan buruk.”.Katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jelasnya,di Terengganu sahaja lebih 10 kes permohonan perceraian direkodkan sehari atas beberapa alasan dan faktor yang dikemukakan oleh setiap pasangan.

Ia termasuk kes membabitkan hubungan sulit pasangan dan kegagalan dalam persefahaman. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *