Home » Langit Terbuka » YADIM hulur bantuan makanan kepada mangsa banjir

YADIM hulur bantuan makanan kepada mangsa banjir

KUALA NERUS  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu turun padang dan menghulurkan bantuan kit makanan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saidi, berkata pihaknya telah memulakan inisiatif dalam misi bantuan 2022 dengan menyerahkan bantuan makanan segera di PPS.

Beliau berkata, untuk peringkat awal pihaknya menyediakan peruntukan RM10,000 untuk meringankan mangsa banjir selain mengaktifkan 300 sukarelawan bagi membantu mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di PPS.

“Setakat ini, kita menyerahkan kit bantuan makanan di PPS SK Chendering dan SK Atas Tol di Kuala Terengganu serta SK Tok Jembal, Kuala Nerus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan YADIM kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Nanas di sini.

Nasrul Hadi berkata, pihaknya juga bersedia dengan unit ‘mobile’ pacuan empat roda serta pasukan memasak sekiranya keadaan memerlukan di PPS.

Katanya, tahun lalu pihaknya membelanjakan lebih RM20,000 kepada mangsa banjir dan peruntukan akan ditambah bergantung kepada keperluan.

“Malah, kita juga merancang untuk memperluaskan porgram dekati mangsa banjir ini ke daerah yang turut terjejas dengan banjir di seluruh negeri ini.

“Kita harap program yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada mangsa yang terkesan dengan banjir,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *