Home » Langit Terbuka » Daging babi dicampak ke depan pintu Pusat Islam

Daging babi dicampak ke depan pintu Pusat Islam

 

BELFAST 25 Dis.-Satu serangan berlaku melibatkan daging babi yang dicampak ke depan pintu Pusat Islam Belfast, Sabtu lalu, lapor Metro.Co.Uk.

Menerusi kenyataan jurucakap masjid di Facebook, dipercayai serangan itu bertujuan untuk mencetuskan ketegangan dalam komuniti Islam di situ.

“Syukurlah, babi bukanlah bom untuk orang Islam dan tiada yang cedera namun mesej yang disampaikan jelas dalam serangan kebencian itu.

“Pihak kami tahu individu yang bertanggungjawab tidak mewakili majoriti orang di Utara Ireland dan menolak cubaan untuk menimbulkan ketegangan serta perpecahan antara orang Islam dan bukan Islam di sini,” kata kenyataan tersebut.

Orang ramai diminta untuk terus berhati-hati terhadap kemungkinan berlaku serangan lain terhadap komuniti Islam di situ.

“Oleh kerana beberapa insiden baru-baru ini, kami meminta agar masyarakat terus berjaga-jaga dan melaporkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa dengan kadar segera,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Selatan Belfast, Emma Little-Pengelly dalam kenyataannya mengatakan bahawa serangan kebencian itu adalah salah dan tidak mencapai apa-apa.- SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *