Home » Citra Yadim » Dah lama tak rasa bubur pedas…

Dah lama tak rasa bubur pedas…

KUCHING –  “Sebelum ini saya pernah bertanya kepada penghuni warga emas di sini, ada ingin nak makan apa-apa tak? Rata-ratanya mereka menjawab nak makan bubur pedas, lama dah tak merasa kata mereka,”.

“Alhamdulillah, hari ini Allah hantar rezeki mereka melalui YADIM,”kata Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Masnah Jailani.

Demikian reaksi beliau ketika Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyampaikan 71 pek bubur pedas ke Rumah Seri Kenangan di sini pada 1 April.

Sumbangan itu merupakan pengisian aktiviti mingguan YADIM Sarawak dalam program Kongsi Rezeki.

Sumbangan kepada penghuni pusat jagaan ini adalah hasil daripada wakaf orang ramai yang ingin menyumbang kepada masyarakat menerusi YADIM.

Kongsi Rezeki sebelum ini juga telah dilaksanakan di sekitar bandaraya ini dengan menyantuni pelbagai pihak seperti pekerja pembersihan, pengawal keselamatan, peniaga kecil kecilan, pengusaha perahu tambang, gelandangan dan sebagainya.

YADIM Sarawak mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana individu dan pihak yang ingin bekerjasama menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *