Home » Citra Yadim » YADIM Peduli : Musa’adah Asnaf Penduduk Kampung Selor

YADIM Peduli : Musa’adah Asnaf Penduduk Kampung Selor

KOTA BHARU – Seramai 50 penduduk Kampung Selor Limbat di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 1 April.

Sumbangan ini merupakan inisiatif meringankan beban mereka yang terjejas dengan Covid-19 menerusi program YADIM Peduli.

Hadir menyampaikan sumbangan dalam progam di Madrasah Haji Abidin Ibrahim di sini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang. Turut hadir ialah Wan Ab Halim Wan Abd Rahman selaku Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Selor Limbat merangkap penyelaras program.

Sebelum majlis penyampaian sumbangan diagihkan, para penerima diberi santapan rohani melalui ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairil Johari, Pengetua Sekolah Tahfiz Pasir Mas yang dijemput menyampaikan tazkirah awal Ramadhan.

Sementara itu pada hari yang sama, YADIM Kelantan turut menyantuni dua keluarga asnaf pesakit kronik di kawasan berkenaan iaitu Zainal Abidin Mohamad, 70 tahun, seorang pesara Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Rogayah Mahmood, 54 tahun, yang diserang angin ahmar.

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *