Home » Citra Yadim » Dapur Rakyat di Muadzam Shah santuni mangsa banjir di dua kampung

Dapur Rakyat di Muadzam Shah santuni mangsa banjir di dua kampung

MUADZAM SHAH – Satu lagi Dapur Rakyat Negeri Pahang anjuran YADIM yang dibiayai oleh CIMB Islamik Bank Berhad beroperasi di sini pada 12 Januari yang mengagihkan sebanyak 200 pek makanan.

Dapur Rakyat di Maahad Tahfiz Al Haq, Kampung Alai di sini mengagihkan makanan berkenaan ke penduduk di Kampung Hijrah dan Kampong Rekoh, keduanya di Rompin yang penduduknya masih terjejas dengan musibah banjir.

Terlibat menyediakan makanan untuk keperluan penduduk ialah Sukarelawan YADIM Rompin, badan bukan kerajaan Uni10care, Badan Kebajikan Angkatan Tentera dari Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, Pelitawanis Tenaga Nasional Berhad Muadzam Shah serta para pelajar Tahfiz Al Haq.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohd Hazmi Dibok, Ketua Sukarelawan YADIM Rompin, Zulkifli Ahmad, Setiausaha Badan Kebajikan Angkatan Tentera TUDM Bukit Ibam, Nik Amalena dan Penolong Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM, Salasiah Mohammed Arshad.

Sebelum ini, YADIM dan CIMB Islamik juga membuka Dapur Rakyat di Rompin dan Pekan bagi menyantuni mangsa banjir di kawasan tersebut.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *