Home » Langit Terbuka » ‘Unboxing isteri’ runtuhkan institusi keluarga – Marzuk Shaary

‘Unboxing isteri’ runtuhkan institusi keluarga – Marzuk Shaary

Ahmad Marzuk Shaary menggesa semua pihak memberi kerjasama bagi membendung gejala sosial yang melanda umat Islam pada hari ini - Foto Tik Tok

KUALA LUMPUR – Trend ‘unboxing isteri’ yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini  tidak sepatutnya menjadi ikutan masyarakat, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ini kerana, trend tersebut boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga, apabila bakal ibu bapa sebagai tonggak institusi ini daripada awal lagi sudah tidak mengikut landasan nilai yang betul, apatah lagi mahu memupuk nilai moral anak-anak.

“Masyarakat hari ini hidup di zaman bercampur baur antara perkara yang halal dan haram. Hal ini bukan perkara yang pelik melihat kepada bagaimana media sosial dioptimumkan sepenuhnya untuk mengumpul kekayaan melalui populariti dan ramainya jumlah ‘follower’.

“Sedikit sebanyak tempias ini turut menjejaskan nilai-nilai dalam sebuah institusi keluarga Islam. Pasangan suami isteri tidak lagi menghiraukan maruah, sehingga sanggup mendedahkan aib pasangan demi sebuah ‘content’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, bekas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbuatan ‘unboxing isteri’ adalah satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan prinsip dan budaya Islam.

Menurutnya, suami sepatutnya melindungi dan memelihara ahli keluarga masing-masing daripada mendapat kemurkaan Allah SWT, di samping menyeru mereka untuk taat kepada Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Baru-baru ini, tular satu trend di aplikasi TikTok yang mana pasangan pengantin baru memuat naik video yang menunjukkan pengantin lelaki membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.

Dalam video itu, pasangan pengantin berkenaan masih memakai busana pengantin dan ia  dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan. – Malaysia Gazette

 

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *