Home » Langit Terbuka » Delegasi Tentera UAE Lawat Israel

Delegasi Tentera UAE Lawat Israel

Media Zionis dakwa UAE mahu beli jet pejuang buatan AS

ABU DHABI – Delegasi tentera Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan kini berada di Israel bagi mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.

Menurut media Israel, kunjungan delegasi berkenaan didakwa bertujuan untuk mengkaji semula kecanggihan dan kemajuan jet pejuang kalis radar F-35, buatan Amerika Syarikat (AS).

“Angkatan Udara Israel menjadi tuan rumah kepada delegasi ketenteraan dari UAE untuk melihat prestasi jet pejuang F-35, buatan AS.

“Kunjungan itu turut dihadiri delegasi daripada Amerika Syarikat,” lapor saluran berita 124 Israel, yang memetik sumber rasmi.

Laporan itu mendakwa, UAE kini dalam rangka untuk membeli pesawat berkenaan, yang sebelum ini dikatakan kedua-dua negara itu sedang menjalin kerjasama bagi mendepani Iran.

Bagaimanapun, setakat ini, UAE masih belum mengesahkan tujuan lawatannya ke Israel, walaupun tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu. – AGENSI

https://www.ismaweb.net/2018/07/05/delegasi-tentera-uae-lawat-israel/

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *