Home » Citra Yadim » Diskusi Madani ALPA YADIM

Diskusi Madani ALPA YADIM

DISKUSI MADANI telah diadakan pada 6 Febuari yang dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM merangkap Pengerusi YADIM Research Management Centre (YRMC), Datuk Dr Harlina Halizah Haji Siraj.
Diskusi ini dikendalikan oleh Pengurus Kanan Bahagian Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Encik Khairul Arifin Monir. Ia menumpukan ahli YRMC sebagai peserta sasaran dengan hasrat mendapat maklumat dan informasi terus dari badan pemikir Malaysia Madani itu.
Pembentangan selama dua jam oleh Encik Khairul Arifin menyentuh perkara-perkara tersurat dan tersirat di sebalik gagasan Malaysia Madani dan menerangkan secara tuntas berkaitan dasar/polisi serta nilai/amalan yang perlu dijelaskan kepada masyarakat melalui platform YADIM.
Sesi soal jawab juga diadakan semasa diskusi agar gagasan ini dapat difahami dengan lebih mendalam supaya dapat bergandingan bersama membina masa hadapan yang lebih baik bagi mendepani dan menghasilkan perubahan yang lebih kukuh terutamanya generasi akan datang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *