Home » Citra Yadim » Kunjung hormat ke Kedutaan Besar Malaysia Mesir (KBMM)

Kunjung hormat ke Kedutaan Besar Malaysia Mesir (KBMM)

DELEGASI YADIM yang kini dalam lawatan kerja ke Mesir telah mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Besar Malaysia Mesir (KBMM) dan Education Malaysia Egypt (EME) bertempat Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah pada 6 Februari.
Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, kunjungan hampir dua jam ini antara lain membincangkan kerjasama dan sesi libat urus bagi usaha pembangunan mahasiswa dan penyelarasan NGO Islam dikalangan pelajar Mesir.
Ustaz Zamri juga telah memberi penerangan berkaitan latar belakang YADIM, gerak kerja, objektif serta misi dan visi badan dakwah ini.
Mewakili Kedutaan Besar Malaysia ke Mesir (KBMM) adalah Puan Rafedah Abd Aziz, Kuasa Usaha Sementara KBMM dan Encik Mohammad Izwan Sanusi, Setiausaha Pertama KBMM dan Ustaz Ameer Ikhwan Zaini, Atase Agama Malaysia ke Mesir.
Mewakili pihak Education Malaysia Egypt (EME) pula adalah Encik Hashim Zaini Pemangku Pengarah EME dan Encik Ahmad Salehuddin, Setiausaha Pertama (Pendidikan).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *