Home » Citra Yadim » DMY Aizat pemenang Anugerah Perdana Daie Muda YADIM

DMY Aizat pemenang Anugerah Perdana Daie Muda YADIM

GRADUAN Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Khairul Aizat Yusoff dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Daie Muda dalam Pentas Akhir Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) pada 3 November.
Kemenangan itu menyaksikan beliau membawa pulang hadiah bernilai RM40,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional, tajaan Rakan Niaga Premium MyAngkasa Amanah Berhad dan pakej tajaan Umrah EZ Travel Sdn Bhd.
Beliau yang baru sahaja menamatkan pengajian turut merangkul Anugerah Hasan Al-Banna (Aktivis Daie Muda) bernilai RM10,000.
Hadiah kemenangan tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Mohd Naím Haji Mokhtar.
Seramai enam finalis Akademi Daie Muda YADIM mempersembahkan bakat dan pengalaman mereka selepas dilatih menggunakan pelbagai modul selama empat bulan.
Kategori lain yang dipertandingkan ialah Anugerah Syeikh Daud Al-Fatani (Imam Muda) yang dimenangi oleh Daie Muda YADIM (DMY) Muqri, Anugerah Sayyidah Nafisah (Daie Muda Muslimah) (DMY Husna), Anugerah Imam An-Nawawi (Karyawan Daie Muda) (DMY Hanin), Anugerah Imam Al-Ghazali (Daie Muda Murabbi), (DMY Adlin) serta Anugerah Al-Khawarizmi (Tekno Daie) (DMY Farhira).
Hadir sama ke majlis ini ialah Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, ketua ketua agensi agama Islam Persekutuan, wakil wakil rakan strategik serta keluarga peserta Pentas Akhir ADMY.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *