Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

Kunjungan hormat Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Jeneral Dato’ Mohd Rashidi Bujai pada 3 November.
Sesuai dengan gerak kerja YADIM dan KAGAT yang hampir sama, keduanya merancang untuk bekerjasama sama dalam beberapa program selepas ini.
Antaranya termasuklah program Kenegaraan Malaysia Madani kepada semua anggota KAGAT dan Kementerian Pertahanan sebelum menjelajah ke kem-kem tentera pada tahun depan.
Turut dibincangkan ialah program bersama anggota tentera di sempadan negara di Gerik, Perak dan program melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia semasa pelayaran.
Tidak ketinggalan ialah cadangan mengadakan Konvensyen Fiqh Ketenteraan melibatkan kerjasama Kementerian Pertahanan, YADIM dan Universiti Sains Islam Malaysia.
Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brigadier Jeneral Zainal Abidin Mohamed Salleh, Ketua Sel Dakwah KAGAT, Leftenan Kolonel Azlisham Abd Aziz, Pegawai Pakar Bidang Khusus YADIM, Dr Masitah Esa dan Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Abdul Hafiz Mat Tuah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *