Home » Citra Yadim » DMY jangan takut beri idea!

DMY jangan takut beri idea!

‘Andalah yang diperlukan negara untuk memberi idea baharu dalam kerangka gerakan Islam.

‘Jangan takut beri idea!’.

Sebagai pendakwah muda negara, itu yang ditegaskan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2023 dalam pertemuan bersama mereka pada 4 Julai di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH).

Datuk Hasanuddin mengalu alukan dan mengucapkan tahniah atas keberadaan mereka dalam program ADMY yang menurutnya sangat relevan dalam melahirkan pendakwah di negara masa kini.

Beliau turut menekankan kepentingan para peserta untuk sentiasa belajar dan mengkaji semua aspek dakwah agar ia membantu inisiatif gerakan mereka di lapangan nanti.

Dalam sesi soal jawab, para pelatih tidak melepaskan peluang bertanyakan soalan mengenai dakwah, halatuju YADIM serta aspek Malaysia Madani untyk diaplikasikan dalam latihan serta tugasan mereka nanti selain digunakan juga apabila mereka berdakwah kelak.

Seramai 28 pelatih ADMY untuk 2023 melapor diri di INDAH pada 3 Julai untuk memulakan latihan intensif selama empat bulan di INDAH.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *